Monday, November 30, 2009

angan-angan ku

aku berangan nak jadi doktor haiwan


aku berangan nak jadi doktor haiwan sebab dah lama aku nak jadi doktor haiwan.Aku suka
pada binatang.Cikgu aku cakap kalau berangan ni bagus.Aku pun ikut lah kata cikgu aku tu.
Aku jadikan angan-angan aku sebagai doktor haiwan ni sebagai cita-cita aku....



aku berangan nak jadi pelukis komik


aku ada terfikir juga berangan nak jadi pelukis komik juga.Di sekolah rendah,semasa darjah
enam,ramai budak darjah satu suka baca komik aku.Diorang siap bagi aku lima puluh sen
sebab nak baca komik aku.Aku tak terfikir pulak nak buat bisnes.Esoknya,ramai budak
darjah satu nak sewa komik aku.Aku turunkan harga jadi tiga puluh sen sebab diorang nak
blanje jugak.Tapi semangat aku nak lukis komik semakin putus asa bila aku ke sekolah
menengah.Aku masuk kelas kedua iaitu tingkatan 1 cemerlang.Aku putus asa sebab budak
lelaki kelas pertama(tingkatan 1 gemilang) ejek aku.Diorang kata aku lukis buruk,entah apa-
apa dan sebagainya.



aku berangan nak jadi pemain ragbi


aku berangan nak jadi pemain ragbi sebab masa aku darjah enam kat sekolah,aku terer
main ragbi.Tapi bile masuk sekolah menengah,ragbi takde langsung.Aku masuk bola
sepak sebab takde ragbi.Masa aku dalam kelas,aku cerite lah kat kawan-kawan aku yang
aku terer main ragbi.Diorang ejek aku "ko ni keding!mana bleh main ragbi".Tapi memang
badan aku ni kurus keding.Ada sesetengah kawan kelas aku yang dari sekolah rendah aku
back up aku.Diorang tahu yang aku terer main ragbi.Pastu diorang yang ejek aku tu dah
malu.Tapi diorang saje nak kontrol macho.Sebenarnye cite ni panjang tapi aku cerite sampai
sini je....

Tuesday, September 8, 2009

~Chi's Sweet Home~

SINOPSIS: Mengisahkan seekor anak kucing yang sesat daripada keluarganya. Seorang budak yang bernama Youhei ternampak kucing ini depannya semasa dia terjatuh. Youhei menyuruh ibunya menjaga kucing ini sementara mencari pemilik baru. Tetapi kucing ini dijaga disebabkan tiada pemilik baru. Youhei dan keluarganya terpaksa membelanya secara senyap kerana apartmen yang diduduki Youhei dilarang membela haiwan peliharaan.
Ini gambar daripada cerita ini
EPISOD: Cerita ini ada seratus empat episod

Musim kedua cerita ini ditukar tajuk (Chi's New Life). Youhei dan keluarganya berpindah ke kediaman baru. Chi bebas keluar bermain kerana di apartmen haiwan tidak boleh dipelihara. Chi mendapat kawan baru di rumah barunya.

Review: Monster Racers





APA YANG ANDA PERLUKAN: Emulator No$gba 5.6c/ Windows XP

JALAN CERITA: Pemain terjumpa sebuah pulau yang dipenuhi raksasa. Ramai orang menggunakan raksasa-raksasa itu untuk berlumba.

PERMULAAN GAME: Anda perlu memilih satu daripada tiga raksasa. Anda perlu berlumba dengan ketua Racer Union. Anda perlu menangi perlumbaan itu. Jika tidak anda perlu mengambil raksasa lain atau berlumba semula. Jika anda memenangi perlumbaan itu, anda boleh pergi mengembara ke negara lain.

APA YANG BEST: Anda boleh mengumpul raksasa yang anda suka dan menaikkan level raksasa anda.

APA YANG TAK BEST: Game ini berbahasa Jepun

bermula berlumba

menggunakan kuasa maksimum